Latihan Stem – Bunga Kertas

5 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2024 ( Sabtu ) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Stem Bunga Kertas ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan NADI Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 4 orang peserta iaitu 1 lelaki dan 3 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 12 tahun.

Pada permulaan sesi, mereka diberikan barang – barang untuk membuat stem bunga kertas seperti kertas warna,gunting,gam dan lidi. Pelajar juga perlu melihat video cara-cara untuk stem bunga kertas di dalam website youtube di komputer masing-masing. Pelajar diberikan masa satu jam setengah untuk membuat stem bunga kertas dan pelajar perlu membentengkan di hadapan kawan-kawan mereka. Dengan cara aini,ia dapat meningkatkan “softskills” mereka.

Kebaikan aktiviti ini adalah pelajar dapat belajar elemen 4C iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas